Saturday, December 11, 2010

TAG MENGE'TAG'

Mulai hari ni, aku nak kerahkan semua budak2 membuat tag barcode untuk semua barang. Aku target bulan 12 ni siap untuk satu kedai. Tapi nampak gaya macam tak boleh siap je. Tengok la nanti macam mana ya........

DAH 8 BULAN RUPANYA

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah dekat 8 bulan aku tak update blog ni. Fuhhh, lama tu. . . . . . Sebenarnya aku baru teringat yang aku ada blog lepas aku tengok profile aku sendiri dalam facebook. Hahaha……

Selama 8 bulan ni, macam-macam yang terjadi dalam hidup aku. Aku cuba senaraikan dengan lengkap di bawah:

1) Krisis rumahtangga

2) Perceraian

3) Perebutan anak

4) Perkahwinan adik

5) Ber’facebook’

6) Penggunaan POS di kedai

7) Ber ‘TTM’

8) Bercinta lagi

Rumahtangga aku yang dah lama retak sudah tidak dapat aku pertahankan lagi. Tak perlu lah aku cerita di sini. Yang penting, aku dah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan, tetapi Allah dah tentukan jodoh aku dengan dia setakat itu sahaja. Aku pun tak mungkin balik semula dengan dia sebab perkara yang terjadi memang berat untuk aku terima dan memang tidak boleh dipulihkan lagi hati aku yang luka ni.

Tetapi, insan yang paling malang akibat peceraian ni sudah tentulah anak aku, Muhammad Hyrill Hafizy. Selama ini dia dapat segalanya. Dia ditatang bagai minyak yang penuh. Aku tak berniat nak menghina bekas isteri aku, tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditempuh Aril walaupun dia masih kecil. Kehidupan di rumah Mummy memang jauh berbeza dengan kehidupan di rumah Daddy.

Aku cuba ikhtiar untuk memdapat hak penjagaan Aril. Aku tanya beberapa peguam, namun jawapan yang aku terima sama sahaja menghampakan. Kanak-kanak yang belum mumaiyiz, hak penjagaan secara automatic akan jatuh ke tangan ibu. Tapi aku tak akan berputus asa, bila sampai masanya, aku akan tuntut hak penjagaan Aril. Aku dah buat perancangan rapi untuk masa depan Aril. Aku harap nanti bekas isteri aku boleh mengerti dan melepaskan hak penjagaan kepada aku.

Adik aku yang nombor tiga pula sibuk dengan majlis perkahwinan dia. Kesibukan dia mengheret keluarga aku turut menjadi sibuk (biasa la tu kan hahaha). Jadi sedikit sebanyak ter’divert’ fikiran aku dari hal perceraian aku.

Akaun facebook aku yang dah lama beku, aku cairkan semula. Aku mula bersosial kembali dengan kawan-kawan sekolah, USM dan perniagaan. Sampai kekadang rasa macam ketagih pula. Untung aku masih dapat berfikir secara waras. Hahahaha…….

Dah lama aku cuba buat satu sistem ‘point of sale’ untuk perniagaan aku. Dah macam-macam program (freeware) yang aku cuba, tapi ada satu sahaja yang aku berkenan: Proffittcenter. Tapi bagus juga ber’facebook’, sebab ada kawan aku yang bagi nasihat supaya aku pertimbangkan balik keputusan menggunakan freeware tu. Dia menjelaskan, freeware bukan tak bagus, Cuma bakal akan menyusahkan jika ‘hang’, apatah lagi perniagaan aku ada beberapa cawangan. ‘Masak’ aku kalau semua cawangan bermasalah, sedangkan aku tiada support dari mana-mana. Jadi aku membuat keputusan untuk membeli satu sistem bernama ‘Deepsky’. Sudah lebih sebulan aku bekerja memasukkan data dalam program tu.

Facebook juga menemukan aku dengan seorang TTM. Entah kenapa, bila aku tengok wajahnya untuk kali pertama, hati aku terus berbunga. Aku suka sangat melihat wajahnya. Bila dah berkenalan, aku suka segala-galanya pasal dia.

Bercinta lagi? ‘jika kau bercinta lagi, cintalah sepenuhnya’, aku dah bercinta lagi nampaknya. Tapi, cinta tak semestinya bersatu…………..

Sunday, April 25, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor P94

Malam tadi Barisan Nasional berjaya merampas semula kerusi P94 dari tangan Parti Keadilan Rakyat. P.Kamalanathan mendapat 24,997 undi manakala Dato' Zaid Ibrahim 23,272 undi. Pada pendapat aku sebagai pemerhati politik biasa, majoriti yang diperolehi BN adalah kecil dan menarik untuk dibincangkan.

Awal-awal lagi BN memberi amaran bahawa pada pilihanraya ini mereka akan menggunakan pendekatan offensive. Aku tertanya-tanya bagaimanakah pendekatan itu akan diambil?

Sebaik sahaja penamaan calon, tiba-tiba keluar berita bahawa Zaid adalah kaki botol. Bagi aku itu tidak memeranjatkan kerana memang ramai pemimpin yang tidak lagi ambil peduli soal halal haram dalam pelbagai perkara. Tapi Hulu Selangor adalah kawasan luar bandar yang mana penduduknya kurang mendapat berita dari pelbagai sumber. Zaid pula bijak menangkis serangan dengan mengakui kesilapannya dan sudah bertaubat. Lalu timbul pula berita bahawa Zaid kaki judi dengan memiliki kuda lumba. Zaid pula hanya mengaku memiliki kuda lumba, tetapi tidak bertaruh.

Pada pandangan aku, serangan berbentuk peribadi ini sangat kebudak-budakkan. Mana tidaknya, semasa Zaid dilantik sebagai menteri dulu, adakah perkara ini diambil kira? Kenapa baru sekarang digembar-gemburkan?

Perdana Menteri pula terus membantu kempen sebaik tiba dari Jepun. Aku nampak BN memberi penekanan lebih untuk memenangi hati orang Melayu, warga Felda dan orang India. Semua orang kuat UMNO datang berkempen sambil BN meletak calon MIC. Ini pasti untuk menangani kemungkinan kekurangan undi orang Cina setelah kemenangan Dato' Seri Chua Soi Lek pada pemilihan MCA yang lepas. Dato' Seri Samy Vellu juga tidak kelihatan mungkin kerana takut mendatangkan kembali kemarahan kaum India.

Tiba-tiba ramai ahli PKR mengumumkan keluar parti dan dijadikan bahan berita. Walaupun agak menghairankan, namun itulah kenyataan. Aku menilai ini sebagai salah satu pendekatan offensive BN. Pelbagai bantuan termasuk wang ringgit dan projek pembangunan diberikan walaupun dinafikan bertujuan untuk meraih undi. Keseluruhannya aku menilai BN berjaya merangka strategi yang baik dan merealisasikannya dalam kempen pilihanraya kali ini.

Komisen kapal selam, pembunuhan Altantuya, kematian Teoh Beng Hock, kontrak APCO, rasuah dan pelbagai isu nasional pula manjadi modal Pakatan Rakyat. Walaupun BN mengumumkan akan menjawab segala tuduhan PR, kesemua isu nasional ini nampaknya masih belum ada jawapan yang tepat dan konkrit dari kerajaan. Ini mendatangkan peluang kepada PR untuk menghentam BN. Namun strategi ini nampaknya kurang berhasil kerana penduduk Hulu Selangor terutamanya orang Melayu dan India seperti tidak begitu mengambil berat tentang isu-isu tersebut kerana lebih mementingkan kehidupan seharian.

Janji pembangunan BN nampaknya mengalahkan janji kabajikan PR walaupun jumlahnya boleh dikatakan sedikit. Namun begitu, PKR nampaknya masih kuat walaupun dilanda pelbagai masalah dalaman. Tambahan pula semua media arus perdana percuma atau berbayar memihak kepada BN. PR cuma bergantung kepada media cetak mereka sendiri dan internet.

Walaupun BN menang namun aku tahu Dato' Seri Najib menyedari PR masih kuat walau diasak bertubi2. Kemenangan dengan majoriti sebegitu, harus diambil sebagai isyarat oleh BN bahawa mereka belum tentu lagi selamat pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Saturday, April 24, 2010

DASB OH DASB

Dah lama betul aku tak update blog aku pasal banyak sangat masalah & masa yang takde. Apa DASB? DASB stands for Damansara Assets Sdn. Bhd., company dalam Jcorp. Actually DASB adalah syarikat yang menguruskan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang tempat aku berniaga.

Seiring dengan kemajuan, perniagaan aku memerlukan ruangan yang lebih besar sebab kedai yang ada tidak lagi dapat menampung semua barang. Aku tak dapat display barang2 dengan efektif. Jadi syarikat aku memohon untuk menyewa sebuah lagi lot yang dah lama kosong di sebelah Masjid An-Nur Kompleks Pusat Bandar. Lot itu mempunyai keluasan lebih 4 kali ganda kedai aku sekarang. Sudah tentu aku dapat display barang2 dengan lebih teratur dan menarik disamping boleh tambah barang lain.

Masa aku tulis ni, dah 3 bulan aku buat application. Kepastian yang ada, lot tu memang boleh dapat. Tapi masalahnya, rental rate yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh DASB. Yang menghairankan, rate untuk lot tersebut lebih tinggi dari lot kedai aku sekarang. Sedangkan lot kedai aku sekarang 4 kali ganda lebih kecil dari lot yang aku apply tu. Lokasinya pun dalam 15 meter je dari kedai aku. Setahu aku, lot yang lebih besar akan menurunkan rental rate. Tapi sebaliknya yang berlaku disini.

Pengurus bangunan menjelaskan rate telah naik, tetapi untuk penyewa lama di kedai sedia ada, rate dikekalkan. Aku minta sekurang2nya rate yang lama diberikan untuk aku jika tak boleh bagi lebih rendah. Pengurus tu kata bergantung kepada keputusan YDP MPPG. Untuk pengetahuan semua, MPPG tidak lagi dibawah Jcorp, tetapi telah dipindahkan di bawah kerajaan negeri.

Sehingga kini masih belum ada jawapan konkrit tentang rate dan tarikh menandatangani perjanjian. Dah berpuluh kali aku call marketing executive DASB untuk kompleks ini dan pelbagai alasan telah diberikan.

Bulan puasa dah semakin hampir dan aku masih stuck di kedai ini. DASB oh DASB, tolonglah bagi aku kedai tu cepat. Nanti aku takde masa nak renovate dan susun barang.

Monday, March 1, 2010

nak sewakan atau tidak

ada seorang peniaga barang-barang keselamatan yang sering menelefon aku,mak dan bapak aku pasal kedai aku yang tingkat atas. dia nak sewa buat ofis & stor. aku dah kata barang aku banyak atas dan bawah jadi mungkin susah nak sewakan. maklumlah kedai tu atas bawah tutup memanjang. bukan aku saja2 biar tutup. siapa yang jaga kedai tu kalau aku bukak? susah betul kalau nak percayakan kat orang lain.

tadi dia datang ke kedai aku di kompleks. aku masih berkata mungkin boleh. mak aku kata sewakan je dari terbiar. betul juga sebab sekurang-kurangnya bayaran bulanan kat bank ada yang cover sikit. tapi masalahnya barang yang sedia ada dah memang muat2 je. kalau di'muat'kan lagi alamat lah sempit gila nanti kalau semua disumbat kat tingkat bawah.

nak sewakan ke tak ye????

Sunday, February 28, 2010

sampah dan imej

tong sampah jenis tertutup


melihat gambar tong sampah di atas, mula-mula aku rasa nak gelak, lepas tu kecewa, lepas tu marah. tong sampah ni betul-betul kat sebelah kedai aku dan ATM BSN. perhatikan keadaan tong sampah yang kotor semacam. dah lah kotor, tak boleh pulak nak dibuang sampah ke dalamnya, tengok tong bahagian dalam dah melepasi lubang. bingai betul.

post ni aku buat pasal aku bengang dengan pengurusan bangunan kompleks tempat aku berniaga. ada satu surat pekeliling yang mengarahkan semua peniaga supaya jangan buang sampah besar tepi tong sampah. ini untuk menjaga imej kompleks katanya. kelakar betul. macam la tinggi sangat darjat kompleks ni sampai kena jaga imej.

lepas tu, tiap-tiap bulan aku kena isi borang questionnaire pasal kebersihan kompleks. mula-mula semangat la aku isi dan buat macam2 komen dengan harapan akan ada perubahan. tapi bila dah berkali-kali aku isi, tapi perubahan takde, mula la aku bengang. skang bila borang datang, aku pulangkan kosong. perubahan yang ada aku nampak, kereta kontraktor cleaning bangunan ni yang asyik bertukar ada la. dulu honda accord, skang camry, belum masuk harrier lagi. banyak untung cleaning service ni. tapi kalau tak amanah, nanti jawab la sendiri kat akhirat.

pasal apa aku kata tak amanah? pasal surat pekeliling tadi tu la. aku dah lebih 10 tahun berniaga kat sini, ini lah kali pertama dapat surat seumpama tu. selama ni tak kisah pun. mungkin kontraktor tu komplen kat management yang itu bukan tugas yang dia kena buat. padahal yang buat kerja semua kuli dia. yang tetap aku tengok ada 2 orang, 1 bangla, 1 makcik jawa. yang lain, bila ada dengar imigresen datang, terus cabut lari. berbalik ke persoalan tadi. patutnya bila nampak sampah, angkat je la, bukan susah sangat. semua dah dalam plastik. takkan setiap ada sampah besar kena terhegeh-hegeh turun level 1 kat ceruk bangunan tu? bangang.

yang membuat aku bengang, benda yang aku komen, tak pulak diambil tindakan kat kontraktor tu. macam sial. tandas kotor, sabun tak isi, tong sampah kotor (macam gambar atas), dan macam2 lagi. tindakan management takde, kontraktor pulak bertindak menukar kereta baru!! jahanam. kepada kontraktor yang terbabit N***** cleaning services, kerja ko memang macam sial.

bola dan judi

semalam aku makan malam di sebuah restoran mamak di masai. dari luar kelihatan penuh. ini mesti ada bola kata aku dalam hati. bila aku tgk skrin besar kat depan kedai tu, CHE 1- MANC 2. patutla.....

tapi bukan perlawanan bola tu yang menarik hati aku. yang menarik adalah pertama kali aku dengar org melayu bertaruh secara terbuka. orang yang celupar tu mejanya betul2 sebelah meja aku. nampaknya dengan mak, bapak dan adik dia. dengan selamba dia berkata, 'kalah bayar, kalah bayar'. nampak gaya mamat tu penyokong manchester city (mungkin cuma bertaruh, bukannya peminat). bila manc dapat gol, sorakannya adalah yang paling kuat dan ketara. yang aku pelik, dia duduk bersama mak bapak dan adik dia. jadi, dengan siapa dia bertaruh?

yang paling kelakar, bila manc dapat gol nombor4, tetiba ada pulak pesta bunga api ( dari arah taman rinting) macam meraikan kekalahan chelsea. hahaha. last-last kena 2-4. untung la siapa yang pasang kat manc. tapi kat akhirat belum tentu........