Sunday, April 25, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor P94

Malam tadi Barisan Nasional berjaya merampas semula kerusi P94 dari tangan Parti Keadilan Rakyat. P.Kamalanathan mendapat 24,997 undi manakala Dato' Zaid Ibrahim 23,272 undi. Pada pendapat aku sebagai pemerhati politik biasa, majoriti yang diperolehi BN adalah kecil dan menarik untuk dibincangkan.

Awal-awal lagi BN memberi amaran bahawa pada pilihanraya ini mereka akan menggunakan pendekatan offensive. Aku tertanya-tanya bagaimanakah pendekatan itu akan diambil?

Sebaik sahaja penamaan calon, tiba-tiba keluar berita bahawa Zaid adalah kaki botol. Bagi aku itu tidak memeranjatkan kerana memang ramai pemimpin yang tidak lagi ambil peduli soal halal haram dalam pelbagai perkara. Tapi Hulu Selangor adalah kawasan luar bandar yang mana penduduknya kurang mendapat berita dari pelbagai sumber. Zaid pula bijak menangkis serangan dengan mengakui kesilapannya dan sudah bertaubat. Lalu timbul pula berita bahawa Zaid kaki judi dengan memiliki kuda lumba. Zaid pula hanya mengaku memiliki kuda lumba, tetapi tidak bertaruh.

Pada pandangan aku, serangan berbentuk peribadi ini sangat kebudak-budakkan. Mana tidaknya, semasa Zaid dilantik sebagai menteri dulu, adakah perkara ini diambil kira? Kenapa baru sekarang digembar-gemburkan?

Perdana Menteri pula terus membantu kempen sebaik tiba dari Jepun. Aku nampak BN memberi penekanan lebih untuk memenangi hati orang Melayu, warga Felda dan orang India. Semua orang kuat UMNO datang berkempen sambil BN meletak calon MIC. Ini pasti untuk menangani kemungkinan kekurangan undi orang Cina setelah kemenangan Dato' Seri Chua Soi Lek pada pemilihan MCA yang lepas. Dato' Seri Samy Vellu juga tidak kelihatan mungkin kerana takut mendatangkan kembali kemarahan kaum India.

Tiba-tiba ramai ahli PKR mengumumkan keluar parti dan dijadikan bahan berita. Walaupun agak menghairankan, namun itulah kenyataan. Aku menilai ini sebagai salah satu pendekatan offensive BN. Pelbagai bantuan termasuk wang ringgit dan projek pembangunan diberikan walaupun dinafikan bertujuan untuk meraih undi. Keseluruhannya aku menilai BN berjaya merangka strategi yang baik dan merealisasikannya dalam kempen pilihanraya kali ini.

Komisen kapal selam, pembunuhan Altantuya, kematian Teoh Beng Hock, kontrak APCO, rasuah dan pelbagai isu nasional pula manjadi modal Pakatan Rakyat. Walaupun BN mengumumkan akan menjawab segala tuduhan PR, kesemua isu nasional ini nampaknya masih belum ada jawapan yang tepat dan konkrit dari kerajaan. Ini mendatangkan peluang kepada PR untuk menghentam BN. Namun strategi ini nampaknya kurang berhasil kerana penduduk Hulu Selangor terutamanya orang Melayu dan India seperti tidak begitu mengambil berat tentang isu-isu tersebut kerana lebih mementingkan kehidupan seharian.

Janji pembangunan BN nampaknya mengalahkan janji kabajikan PR walaupun jumlahnya boleh dikatakan sedikit. Namun begitu, PKR nampaknya masih kuat walaupun dilanda pelbagai masalah dalaman. Tambahan pula semua media arus perdana percuma atau berbayar memihak kepada BN. PR cuma bergantung kepada media cetak mereka sendiri dan internet.

Walaupun BN menang namun aku tahu Dato' Seri Najib menyedari PR masih kuat walau diasak bertubi2. Kemenangan dengan majoriti sebegitu, harus diambil sebagai isyarat oleh BN bahawa mereka belum tentu lagi selamat pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Saturday, April 24, 2010

DASB OH DASB

Dah lama betul aku tak update blog aku pasal banyak sangat masalah & masa yang takde. Apa DASB? DASB stands for Damansara Assets Sdn. Bhd., company dalam Jcorp. Actually DASB adalah syarikat yang menguruskan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang tempat aku berniaga.

Seiring dengan kemajuan, perniagaan aku memerlukan ruangan yang lebih besar sebab kedai yang ada tidak lagi dapat menampung semua barang. Aku tak dapat display barang2 dengan efektif. Jadi syarikat aku memohon untuk menyewa sebuah lagi lot yang dah lama kosong di sebelah Masjid An-Nur Kompleks Pusat Bandar. Lot itu mempunyai keluasan lebih 4 kali ganda kedai aku sekarang. Sudah tentu aku dapat display barang2 dengan lebih teratur dan menarik disamping boleh tambah barang lain.

Masa aku tulis ni, dah 3 bulan aku buat application. Kepastian yang ada, lot tu memang boleh dapat. Tapi masalahnya, rental rate yang tidak dapat diterangkan secara jelas oleh DASB. Yang menghairankan, rate untuk lot tersebut lebih tinggi dari lot kedai aku sekarang. Sedangkan lot kedai aku sekarang 4 kali ganda lebih kecil dari lot yang aku apply tu. Lokasinya pun dalam 15 meter je dari kedai aku. Setahu aku, lot yang lebih besar akan menurunkan rental rate. Tapi sebaliknya yang berlaku disini.

Pengurus bangunan menjelaskan rate telah naik, tetapi untuk penyewa lama di kedai sedia ada, rate dikekalkan. Aku minta sekurang2nya rate yang lama diberikan untuk aku jika tak boleh bagi lebih rendah. Pengurus tu kata bergantung kepada keputusan YDP MPPG. Untuk pengetahuan semua, MPPG tidak lagi dibawah Jcorp, tetapi telah dipindahkan di bawah kerajaan negeri.

Sehingga kini masih belum ada jawapan konkrit tentang rate dan tarikh menandatangani perjanjian. Dah berpuluh kali aku call marketing executive DASB untuk kompleks ini dan pelbagai alasan telah diberikan.

Bulan puasa dah semakin hampir dan aku masih stuck di kedai ini. DASB oh DASB, tolonglah bagi aku kedai tu cepat. Nanti aku takde masa nak renovate dan susun barang.