Thursday, December 4, 2008

KUALITI JALAN RAYA DI PASIR GUDANG

Aku kekadang bosan dengan masalah permukaan jalan raya kat Pasir Gudang ni. Banyak sangat yang tak rata lebih-lebih lagi Jalan masjid yang aku lalu tiap-tiap hari. Aku dah buat report kat MPPG, online lagi. Aku akui ada kerja pembaikan, tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga!! setakat tampal je baik tak payah. Jalan tu sepatutnya dikorek dan ditar semula supaya rata. Ini penting sebab jalan tujalan susur dekat simpang. Sangat bahaya bila ada motor mengelak lubang. Dah naik taraf MPPG tapi kualiti masih sama.

Thursday, October 30, 2008

CERMIN HITAM KENDERAAN

Apa maknanya aku pun tak tau

Aku cukup bengang dengan jawapan JPJ pasal cermin hitam kereta. ENCIK MESTI MENUKARNYA DENGAN CERMIN YANG TERANG.

Ceritanya macam ni. Semua orang tahu kereta import dari Jepun memang menggunakan cermin hitam. Itu pun cuma bahagian belakang je. Cermin pemandu dengan cermin depan cerah. Masalahnya undang2 di Malaysia ni nak cermin belakang mesti telus cahaya 50%. Kalau Toyota Jepun tu ada jual cermin cerah yang original, boleh jugak aku beli untuk Alphard bapak aku. Sekarang masalahnya Toyota TAK JUAL!!!!!

Aku pun malas nak tanya JPJ lagi sebab dia pun tak boleh jawab. Yang dia tau kena tukar je. Cermin yang cerah memang ada. Tapi buatan China/Thailand. Spec cermin ni sama ke dengan yang ori? mesti lah tidak kan. Aku tak sanggup nak ambil risiko pakai cermin tak ori sebab bahaya. Aku dah survey cermin tu dan memang 100% tak sama dengan yang ori. takkan sebab nak patuh undang2 keselamatan keluarga aku terabai?

Cermin tiruan lagi nipis dari yang ori dan bergelombang. Macam senang nak retak. Kalau apa2 jadi kat passeneger bila cermin tu retak ke, pecah ke, JPJ nak tanggungjawab ke? mesti la tak jugak. tambahan cermin tu takde sirim pulak.

Sekarang timb.menteri pengangkutan kata nak ikut law singapore & thailand sebab memudahkan kenderaan ketiga-tiga negara berulang-alik. Kepentingan kereta luar lebih difikirkan dari kesusahan rakyat sendiri? Bengang lagi aku.....(tapi bagus jugak sebab boleh terus pakai cermin gelap ori Alphard) hehehe

Monday, October 20, 2008

JUAL AVANZA BELI ALPHARD

Minggu lepas aku dah jual kereta avanza aku. dah genap 3 tahun aku guna kereta tu. harga jual pun murah siak. dealer tu kata avanza dah banyak sangat, nak beli baru pun ready stock. jadi resale value teruk. sebenarnya semua kereta macam tu. sport rim advanti yg aku pasang kat avanza tu aku turunkan kat iswara. muat2 je masuk padahal 16'' je. tayar yg aku pakai tu besar sangat agaknya. sport rim enkei 15'' iswara tu yang dah buruk tu aku jual bersama avanza tu.

aku jual avanza tu pasal toyota alphard baru sudah sampai dari jepun. lagipun, dah 2 kali aku claim insurance avanza tu. langgar beb! sekali kena langgar, sekali lagi aku langgar. dah lebih sepuluh tahun aku drive, avanza ni la pengalaman aku langgar melanggar. apsal tah.

toyota unser bapak aku turun tangan jadi aku punya la. hahaha. keluarga aku takde berkira pasal kereta. siapa2 nak pakai kereta mana boleh je. iswara, unser, livina, alphard, mana2 bleh pakai. tapi alphard tak bleh sangat la pasal kereta boss (mak aku).

mak aku bersama Toyota Alphard AS type V (Netz, Hiroshima, Japan)

ini type G
ini type V mcm mak aku punya
ini type G lagi
ini type V lagi

alphard memang best. sangat selesa dan ada gaya. orang yang pakai alphard setahu aku - presiden susilo, ahmad dhani dewa19, ong ka ting dan ramai lagi orang yang 'up' pakai kereta ni. tapi mak aku beli kereta ni bukan nak jadi 'up', sebab mercedes/BMW pun dia boleh beli.

aku dah survey macam2 kereta kat banyak dealer. Mercedes E200, BMW 520, Lexus LS300, Nissan Elgrand, Honda Elysion, etc. tapi Alphard jugak jadi pilihan. mak aku memang suka kereta yang tinggi dan selesa bila duduk.

kenapa tak beli mercedes vito? tengok la pada design vito tu. macam bas pesiaran je. memang pun guna untuk bas pesiaran. kat singapore banyak orang guna. mak aku tak berapa selesa naik kereta biasa yang rendah.

kenapa tak beli nissan Elgrand? Elgrand ni cantik pada interior je. design exterior depan/belakang macam ada yang tak kena (tak cantik la tu). lagipun enjin yg ada cuma 3500cc. besar sgt jadi minum banyak.

kenapa tak beli Honda Elysion? Honda mmg terkenal dgn performance. tapi Elysion ni rendah sangat. jarak kelegaan antara kepala dengan bumbung dekat sangat. lagipun seat tak berapa flexible.

jadi kesimpulannya, tetap Alphard.

Nak dapat Alphard ni pun bukan senang. Dah lah mahal, susah pulak nak dapat. kereta JDM (Japan Domestic Model) ada banyak spec yang berbeza. aku dah lama study pasal alphard ni.
yang penting (bagi aku) kapasiti enjin, 2WD/4WD, kamera, power door & bodykit (kalau takde bodykit, macam kelakar pulak).

Alphard yg aku dapat ada enjin 2400cc, 2WD, front/back camera, twin power door, original bodykit. lama siol tunggu. setahun!!! bila ada spec yang aku nak, terus taruk duit kat dealer, tggu shipment.

esok aku nak pegi pasang chip untuk radio alphard tu, brakelock dengan alarm sistem sekali. radio jepun frekuensi dari 76 sampai 90 je. alarm pun takde sebab kat jepun org tak curi kereta. brakelock wajib pasang sebab boleh pasang mangga sekali. kalau kena 'tow' tu tak bleh kata apa la. HU asal aku tak tukar pasal sayang. lagipun ada AV jack & power supply utk pasang apa2 kat dalam. nak taruk lcd tv pun boleh!! overhead monitor boleh pasang nanti kalau perlu.


minyak dah turun

dah berapa bulan aku tak update blog aku. tapi yang penting minyak dah turun harga. skarang rm 2.30 je. ok la tu kan.

tapi harga barang2 tak turun pulak. ini yang buat jiwa rakyat kacau ni, betul tak? nak buat macam mana, harga pengedar tak turun, jadi harga peruncit tak bleh la nak turun. pengguna ke faham la pasal ni. kalau nak boikot pun tak boleh sebab kita nak guna barang tu. term 'kuasa di tangan pengguna' dah tak bleh pakai beb. 'kuasa di tangan anda' pun dah kena beli dengan celcom.

harga satu barrel minyak pulak makin turun, skarang usd 69 je. pak menteri apa lagi, kasi turun lagi la harga minyak kat pam.

Wednesday, June 4, 2008

minyak naik lagi beb

Semalam Pak Lah mengumumkan harga petrol dan diesel yang baru. RM 2.70 untuk petrol dan dan RM 2.50 untuk diesel. Aku mula2 mcm tak percaya bila adik aku bagitau minyak akan naik gila2, tapi bila info dalam internet ckp benda yang sama, terus aku rasa pegi pam minyak nak isi full tank semua kereta aku.Bila aku sampai pam minyak, orang ramai dah beratur nak isi minyak.


Semuanya macam panik dengan harga baru tu. Mula2 aku isi kereta Livina adik aku dulu kat Petronas taman air biru. Aku rasa nak tergelak dengan pakcik bawak Unser JFV 2007. Aku nak keluar dari simpang nak ke pam tu dan kebetulan pakcik tu mmg ada kat jalan tu. Bila aku nak cucuk nak masuk, pakcik tu tak terima. Dia seboleh2 nak himpit aku supaya dia jalan dulu. Terhenjut2 Unser dia himpit aku. Aku sengih je. terpaksa gak bagi jalan sebab kereta adik aku baru lagi, Unser dia pulak dah buruk. Tak berbaloi aku nak lawan dia. Aku tengok anak bini ada kat dalam. Nak tunjuk terer kat anak bini la agaknya. Macam la pam minyak tu dah nak abis minyak.


Kesesakan luar biasa kat petronas taman air biru


Bila dah masuk area pam, aku duduk sebelah2 dengan dia.Tapi line dia lambat sebab orang depan dia sibuk nak cucuk duit dulu baru pam. Aku baru teringat cash aku habis sebab baru lepas beli barang2. Aku turun pergi cek pam ada terima kad ke tak. Rupanya pam tu untuk motosikal & tak receive kad. Aku pun pergi cucuk jap. Bila balik kat kereta, depan aku tinggal satu kereta je. Pakcik Unser tu masih kat belakang lagi. Bila aku dah abis isi, baru la turn pakcik tu sampai. Aku gelak sorang2 sebab walaupun dia himpit aku tadi, aku jugak isi dulu.

Moral cerita aku ni, jangan berebut nak isi minyak. Esok lusa kena beli jugak bila harga dah naik kan. Satu lagi, siapa yang hati busuk dan dengki, akan rugi akhirnya. Macam cerita anjing dengan bayang2 tu la. Kiranya orang yang hati busuk jadi lah macam anjing tu.

Selamat berjimat dan ubah gaya hidup!!