Saturday, December 11, 2010

TAG MENGE'TAG'

Mulai hari ni, aku nak kerahkan semua budak2 membuat tag barcode untuk semua barang. Aku target bulan 12 ni siap untuk satu kedai. Tapi nampak gaya macam tak boleh siap je. Tengok la nanti macam mana ya........

DAH 8 BULAN RUPANYA

Pejam celik, pejam celik, rupanya dah dekat 8 bulan aku tak update blog ni. Fuhhh, lama tu. . . . . . Sebenarnya aku baru teringat yang aku ada blog lepas aku tengok profile aku sendiri dalam facebook. Hahaha……

Selama 8 bulan ni, macam-macam yang terjadi dalam hidup aku. Aku cuba senaraikan dengan lengkap di bawah:

1) Krisis rumahtangga

2) Perceraian

3) Perebutan anak

4) Perkahwinan adik

5) Ber’facebook’

6) Penggunaan POS di kedai

7) Ber ‘TTM’

8) Bercinta lagi

Rumahtangga aku yang dah lama retak sudah tidak dapat aku pertahankan lagi. Tak perlu lah aku cerita di sini. Yang penting, aku dah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan, tetapi Allah dah tentukan jodoh aku dengan dia setakat itu sahaja. Aku pun tak mungkin balik semula dengan dia sebab perkara yang terjadi memang berat untuk aku terima dan memang tidak boleh dipulihkan lagi hati aku yang luka ni.

Tetapi, insan yang paling malang akibat peceraian ni sudah tentulah anak aku, Muhammad Hyrill Hafizy. Selama ini dia dapat segalanya. Dia ditatang bagai minyak yang penuh. Aku tak berniat nak menghina bekas isteri aku, tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditempuh Aril walaupun dia masih kecil. Kehidupan di rumah Mummy memang jauh berbeza dengan kehidupan di rumah Daddy.

Aku cuba ikhtiar untuk memdapat hak penjagaan Aril. Aku tanya beberapa peguam, namun jawapan yang aku terima sama sahaja menghampakan. Kanak-kanak yang belum mumaiyiz, hak penjagaan secara automatic akan jatuh ke tangan ibu. Tapi aku tak akan berputus asa, bila sampai masanya, aku akan tuntut hak penjagaan Aril. Aku dah buat perancangan rapi untuk masa depan Aril. Aku harap nanti bekas isteri aku boleh mengerti dan melepaskan hak penjagaan kepada aku.

Adik aku yang nombor tiga pula sibuk dengan majlis perkahwinan dia. Kesibukan dia mengheret keluarga aku turut menjadi sibuk (biasa la tu kan hahaha). Jadi sedikit sebanyak ter’divert’ fikiran aku dari hal perceraian aku.

Akaun facebook aku yang dah lama beku, aku cairkan semula. Aku mula bersosial kembali dengan kawan-kawan sekolah, USM dan perniagaan. Sampai kekadang rasa macam ketagih pula. Untung aku masih dapat berfikir secara waras. Hahahaha…….

Dah lama aku cuba buat satu sistem ‘point of sale’ untuk perniagaan aku. Dah macam-macam program (freeware) yang aku cuba, tapi ada satu sahaja yang aku berkenan: Proffittcenter. Tapi bagus juga ber’facebook’, sebab ada kawan aku yang bagi nasihat supaya aku pertimbangkan balik keputusan menggunakan freeware tu. Dia menjelaskan, freeware bukan tak bagus, Cuma bakal akan menyusahkan jika ‘hang’, apatah lagi perniagaan aku ada beberapa cawangan. ‘Masak’ aku kalau semua cawangan bermasalah, sedangkan aku tiada support dari mana-mana. Jadi aku membuat keputusan untuk membeli satu sistem bernama ‘Deepsky’. Sudah lebih sebulan aku bekerja memasukkan data dalam program tu.

Facebook juga menemukan aku dengan seorang TTM. Entah kenapa, bila aku tengok wajahnya untuk kali pertama, hati aku terus berbunga. Aku suka sangat melihat wajahnya. Bila dah berkenalan, aku suka segala-galanya pasal dia.

Bercinta lagi? ‘jika kau bercinta lagi, cintalah sepenuhnya’, aku dah bercinta lagi nampaknya. Tapi, cinta tak semestinya bersatu…………..