Saturday, December 5, 2009

ROTI CANAI

Roti canai merupakan salah satu makanan paling popular di Malaysia. malah Dr. Syeikh Muzaffar Dr.Faiz pun pernah bercita-cita untuk membawa bekal roti canai ke angkasa lepas. malangnya hasrat mereka terhalang kerana dilarang oleh pihak Rusia. tapi takpelah, dalam air asia pun boleh dapat roti canai.

aku sebenarnya bukan nak cerita pasal roti canai yang kita makan selalu tu. tapi roti canai lain..


video ni si hanief yg buat. banyak jugak video best dia buat.

Anak aku yg umur 2.5 tahun pun suka video ni. haha. kelakar siak. Tun Mahathir pun kata UMNO dah rotten to the core. kenapa pimpinan UMNO senyap je dgn komen Tun. M ni?

Sunday, November 29, 2009

BIRO TATANEGARA (BTN)

Minggu lepas heboh pasal biro tatanegara (btn). apa pasal kecoh sangat hah? aku ni walaupun takde kaitan dengan kerajaan pun dah pegi 5 tahun yg lepas (2004). biasa je aku skarang. takde pun terasa brainwashed. mungkin skarang modul dah bertukar tak tau la.

masa tu aku dapat scholarship dari USM untuk pegi buat MSc & phD kat stuttgart, jerman. aku nak study pasal pencemaran udara. ya, bakal pakar air pollution akan lahir. kena pegi btn dulu beb sbelum gi jerman. maklum la jpa yg sponsor. aku pun gi la. bapak aku antar.

sorang peserta pun aku tak kenal. peserta lain pun sama. yang sama, semuanya bakal pegi luar negara.

kem tu kat ulu sepri, n.sembilan. jauh gila masuk dalam. hutan belantara siak. nyamuk mmg gerenti ada punya. ubat nyamuk tak boleh bawak, tapi budak2 (bapak budak yg ramai) ttp bawak. haha. bagus jugak takde nyamuk walaupun aku tak suka bau asap ubat nyamuk tuh.

kat bawah gambar2 aku kat btn masa tu. gambar ni gambar org lain amik pasal hp nokia 6230 aku dah hilang. suwey betul, semua gambar, video kat dalam tu. thx tu dr. ismail sagap (mungkin skarang dah jadi pakar kolon). dia takde pun dlm gambar2 ni.

Surau, ofis & air terjun

dalam dewan kuliah, yang botak tu Shazzy, artis tu lah

makcik tudung biru dah ngantuk walau kelas belum mula. mcm biasa, anak jantan duduk blakang.
>
aku kat belakang (kanan). shazzy nampak tak puas hati pasal makanan. biasa la sarapan nasi lemak.

masa jungle trekking. semua melenggang je. masa dalam PKBM dulu bawak beg berat woo. mungkin ramai bapak budak yg dah boroi, maka tahyah bawak apa2 haha

masa turun dinding pakai tali. ini semua muka2 buat2 tenang, bila sampai turn, cuak pulak.

antara yang gagal walaupun dah ditunjuk ajar berulang kali

dewan makan lagi.



Sarjan yg jadi ketua fasilitator


aku (3 dari atas) tekun menjawab soalan ujian. brader spek tu tergaru2 nak jawab soalan yang tak susah.


gambar kat dorm. dengan takde apa2 hiburan, sumber hiburan hanyalah cerita2 dongeng dari semua peserta. paling kelakar 2 orang doktor yang turut jadi peserta


line telepon mmg takde. aku pulak menunjuk hp nokia 6230 baru (masa tu kira hebat la). semua terpinga-pinga masa aku rekod video.


peserta yang paling kanan berlakon bercakap kat hp semata2 untuk gambar ni. padahal line takde.


Anak kecil main api. haa, aku ingat lagi lagu tu. masa tu semangat berkobar2 betul. tapi bukan perkauman. semua semangat nak majukan diri supaya dapat membantu memajukan negara. bukan lepas berjaya tak ingat nak balik malaysia. aku rasa itu tujuan sebenar BTN yang aku ikut itu hari.

aku tak faham kenapa si nazri tu nak tukar modul biar nampak 1malaysia. padahal yang join BTN ni org cina ngan india pun ada. takde hal pun. tun mahathir pun sependapat ngan aku.

Walaubagaimanapun, aku tak jadi pegi jerman. masa tu business family aku baru nak meningkat maju. takkan aku nak tinggalkan mak bapak aku macam tu je. tambahan pula, aku mmg jenis yg tak suka disuruh itu dan ini. aku suka buat kerja ikut suka aku. jadi, business la jawapannya. yang boleh suruh cuma mak bapak aku je.

mmg best gi btn tu. dapat kawan2 baru. si shazzy tu aku lupa lak nama betul dia pasal bukan grup aku masa tu. skarang pun dah senyap je. last aku jumpa dia kat R&R pagoh. dia dgn lah ve masa tu.

kalau ada masa nanti, aku nak amik MBA. dalam negara je, senang sikit urusan. kalau PTPTN aku boleh bayar lump sum, takkan nak amik MBA pun berkira kan. ini barulah anak jantan. hahaha.

Saturday, November 28, 2009

MINYAK SHELL RON95 HABIS


Semalam aku pegi shell highway pasir gudang sebelah tm on the way balik kota. tapi malangnya ini yang aku dapat:

RON95 HABIS

Apa benda ni? stesen punyalah besar boleh habis bekalan? aku bukan pelanggan setia shell pun. aku isi je kat mana2 stesen yg aku suka. tapi perkara di atas dah membuang masa aku. dah la nak masuk kena slow down, lepas tu nak keluar susah pasal kereta banyak. aku pun isi kat petronas sebelah. lagi bagus, ada budak bersihkan cermin lagi (dulu lagi best masa pam ni mula2 bukak, siap kilatkan tayar lagi!!!).

lepas tu aku terfikir, ini shell nak abiskan RON97 dulu ke baru nak jual RON95? kalau ye, mmg bingai la jawabnya. sapa nak buang duit beli minyak yg mahal kalau minyak murah ada? v-power? mahal nak mampos. minyak mahal ni keta high performance je yg pakai. eg. toyota caldina GTfour. itupun kalau tuan dia nak max output. kalau tak RON95 pun boleh. petronas jugak bagus. semua pam dia taruk RON95. siap jual NGV lagi (walaupun tak untung). kompeni lain? bertuah nak jual NGV murah. mana diorang nak rugi kan.....

Friday, November 27, 2009

PTPTN

Ramai betul yang tak bayar hutang PTPTN. dulu aku pun sama, tapi sekarang dah langsai. adik aku pun dah langsai. pasal apa langsai, pasal cara PTPTN yang mengalahkan along bila nak duit.

sebelum aku mula cerita, aku nak terangkan yang aku bukan tak nak bayar. tapi tak tau nak bayar kat mana. dia kata bayar kat bank pun boleh. tapi guideline pun takde bagi. bodoh jugak PTPTN ni.
adik aku ada bayar sekali. resit pun liat nak pos. itu yg aku jadi malas nak bayar.

ini semua bermula masa cerita pasal faizal tahir kena block kat airport tak leh kluar gi jakarta. rupanya pasal PTPTN tak bayar. masa tu aku pun gelabah la sbb aku slalu kluar. kalau kena block, naya aku. tiket semua dah standby ni. terus aku check kat PTPTN website. sah, kena!!!

jahanam betul. drastik betul PTPTN ni. halang keluar negara. kalau aku tak ada urusan keluar negara tak pe la. ni aku slalu kluar. pas tu, kena bayar lump sum pulak tu!!! mmg kejam PTPTN ni. tapi tak dihebahkan. bila aku telefon liat pulak nak angkat. pas tu banyak pulak sambung sana sini. babi ke orang yang keje kat situ? kalau lembab, babi la gaknya. tapi boleh cakap pulak. aku tak suka pakai perkataan kesat ni. tapi sesiapa yg berurusan dgn PTPTN ni sedikit sebanyak akan terguna jugak perkataan2 kesat. percayalah.

aku merayu mintak bayar bayar ansur2 tapi dia kata tak boleh. aku fax surat rayuan, dia kata usahakan dulu. pas tu kan, pegawai yg handle kes aku tak keje pulak, cuti emergency. dasar babi.

lepas berpuluh kali aku telefon, last2 kena bayar jugak lump sum lebih kurang RM 26K. adik aku pun kena RM 20K. dia ada jugak bayar tapi kena jugak. itu aku tak kisah. yg aku menyampah cara PTPTN ni ugut org suruh bayar. patutnya bagi la jalan yang senang untuk org bayar. ini tidak. tup2 terus suruh org bayar semua. padahal baru berapa tahun aku grad. aku tak halalkan duit yg dia cas macam2 tu. tanggung la kat akhirat nanti. aku tak susah pun. tapi hati aku sakit. ingat tu PTPTN!!!!!

MOHAMMAD HYRILL HAFIZY BIN MOHAMMAD FERIASTA

Ini gambar anak aku baru lahir 4.3.2007


Aril baru keluar ke dunia. gambar lepas aku azankan.

tgh tidur

tidur lagi

dah bangun

tidur balik



Pam minyak dan t.o.n.t.o. (tonto)



Ini bukan cerita pasal pam minyak pakai tonto, tapi pasal orang tolong orang nak tipu orang pasal nak bukak pam minyak. cerita ni dah lama tapi aku baru teringat bila tgk gambar2 lama.

Nak bukak pam minyak bukannya senang. modal kena 5ook. itu kalau ada tanah sendiri. kalau tak, mahu sampai berjuta2 kalau masuk harga tanah. dulu aku try approach petronas, dia kata kena ikut queue, pas tu kena lulus interview. ini pasal kita akan bawa imej korporat diorang, so dia kena tapis betul2. WTH.... terus lemah semangat aku. dah lah kita nak keluar modal punyalah banyak, banyak pulak cengkadak dia. terus tak jadi aku nak bukak.

lepas tu ada pulak budak bank kawan adik aku offer satu tanah kat Nusa Indah dekat Nusajaya. mmg dalam geran tanah ada tulis lot ni utk pam minyak. dia kata kawan dia kat bank yang sama boleh tlg dapatkan tender shell utk aku. ini takde lain la, masing2 nak harap komisyen. tak kisah la janji aku boleh dapat pam tu


ini lah tanah yg aku maksudkan. sebelah keta aku tu banker yg tgh ckp2 ngan mak aku dlm
keta.

aku pun pegi la tgk tanah tu ngan kawan kepada kawan adik aku tuh. macam2 dia cerita. "nak bukak pam minyak ni kena ada kaki kat dalam baru boleh dapat", dia kata. baru aku tau ramai keparat dalam dunia korporat nih. takkan kerja ngan oil company gaji kecik sampai orang nak bukak pam minyak pun nak mintak duit itu dan ini? jahanam. hoi! orang jantan nak dapat duit kena kerja lah. jangan amik duit orang je. bangsat.

dia kata dia kenal officer shell bahagian selatan yang luluskan hal2 pam baru ni. cantek ahh. shell boleh beli tanah ni harga 3.5 juta, pas tu aku kuar modal 500k untuk build pam shell. ok la kan. tak yah interview & tunggu queue. terus je gi kursus. dia pun prepare paperwork untuk aku.

bila paperwork dah siap, dia pun jumpa aku. skarang dah lain pulak cerita dia. dia kata kalau aku beli sendiri tanah tu lagi untung pasal margin lagi besar shell bagi. JAHANAM!!!! dia nak tipu aku sebenarnya. rupanya dia tak kenal sangat pun dgn pegawai shell tu. sbb dia kata kalau shell yang beli tanah, kena ikut queue mcm biasa. ini shell pun bukan nak beli sangat tanah tu!!!!

rupanya dia nak perangkap aku biar aku buat loan sampai 4 juta. gila betul. bangsat punya manusia. terus aku kata aku tak sanggup. buat apa aku amik loan sampai 4 juta kalau kawasan tu pun belum developed sgt. keta lalu pun takde sgt. entah bila nak ramai aku pun tak tahu. nasib baik tak kena kelentong dengan si keparat dari dunia korporat. hahaha

jalan 6 lane tapi takde kereta. sini aku nak melabur 4 juta? bingai betul kalau aku taruk duit kat sini....

Kebodohan disekeliling aku

Berikut sedikit sebanyak perkara2 bodoh yang orang buat/tulis yang ada di sekeliling aku (yg sempat aku amik gambar je)...

Antara kerja bodoh orang Pasir Gudang

Push Card? bangang betul. kat keyboard huruf d & t kan jauh. ini gambar kat pasaraya besar bermotto 'Bandingkan Harga Kami'


Majlis konvokesyen tadika di tengah2 kesibukan pasaraya besar. ini gambar di Today's Market. Kedai adik aku betul2 sebelah stage sebelah kiri tuh


Ini kerja kontraktor yang dibayar Majlis Perbandaran Pasir Gudang yang buat kerja di masjid An-nur Kompleks Pusat Bandar. Gambar aku amik di bilik wudhu'


Ini gambar dalam pasaraya besar milik org Inggeris

ini pulak orang bodoh & degil. parking kereta depan kedai aku. dah banyak kali aku bagi notis kat windscreen dia. menyusahkan bila lori datang hantar barang.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Tahun ni aku tak pegi mana2 & bukak kedai pasal tak tau nak pegi mana. Mak, bapak, adik aku balik Bukittinggi, buat korban kat sana sambil tinjau mangsa gempa. Nak bantu la mana yang termampu. mak, bapak bini aku gi mekah. jadi dari melilau tanpa arah tujuan yang jelas, baik aku bukak kedai. budak2 aku pun sume tak nak cuti, baguslah, bukak semua kedai.

lepas sembayang raya, sebelum bukak kedai, aku bawak anak aku tengok org sembelih lembu. kat bukit dahlia, ramai, masjid jamek, ramai, perjiranan 8, ramai, last2 perjiranan 9 yg ada parking dekat.

aril yg tak suka pakai baju melayu (mcm bapak dia)


aril yg tak nak blah terpaksa ditarik oleh mummy dia untuk segera ke kedai

Bila Si Bodoh Memandu...

Semakin hari aku perhatikan semakin ramai orang bodoh jadi pemandu. macam2 hal aku nampak. yang belok tak pakai signal, yang langgar lampu merah, yang bawak slow nak mampus kat lane kanan dan mcm2 lagi. semalam ada keta parking sebelah keta aku. tak besar pun keta tu, atoz je. tapi dia parking mcm dia sorang yg bayar parking. bodoh.

Inilah keta yang aku maksudkan. Tuan dia barangkali manusia bodoh.

nasib baik aku ni expert (ikut klasifikasi game Daytona USA). senang je nak keluar sebenarnya. tapi kalau pemandu biasa, mcm mana dia nak keluar? kalau samseng ke sebelah dia, tak pasal kena calar.

BERBELANJA DI TESCO

Aku memang tiada pilihan lain untuk berbelanja ngan bini aku. Satu-satunya tempat adalah TESCO. sebab? haa kan tesco tutup kul 11 pm. kekadang sampai 1 pagi. aku tutup kedai kul 10 pm, jadi situ je la tempat belanja. nak harapkan UO kat kompleks aku, selalu menghampakan walau kekadang ok jugak. kalau belanja ngan mak aku, selalu la tukar2 tempat.

aku dapati pasaraya besar tak kira la apa kompeni pun, selalu mungkir janji. pamplet yg dia bagi kat peti surat rumah aku menjanjikan mcm2 barang murah. tapi bila nak beli, dah abis. tak pun harga tak sama. bingai betul. ada ke hari pertama offer aku datang, pagi pulak tu, dia kata dah abis. kan penipu tu namanya. bodoh.

berbalik ke tesco tadi, ada pulak janji manis yg dia buat kat semua line cashier

Jika ada 2 troli di depan, kaunter lain akan dibuka

Kepala otak dia, punya la panjang barisan.

Yang berbaris tu termasuk la mak aku, pasal aku tengah cari Queue Champion (kononnya) yang pakai vest hijau tu. entah berapa kali dia mundar-mandir tapi tak bukak2 jugak kaunter lain. muka dia pun cemas semacam je. tak jadi plak aku nak sound, kesian. lain kali jangan la buat janji manis kalau tak mampu.

Anak aku dalam mainan (semua kedai dah tutup, aku org last keluar huhu)

Monday, November 23, 2009

AL-QUR'AN BER'CHOP' KDN

Kedai aku selalu dikunjungi pegawai penguatkuasa Bahagian Kawalan Al-Qur'an, Kementerian Dalam Negeri. katanya nak periksa Al-qur'an ada cop KDN ke tak. datang kalau sopan-santun takpe, ini dia buat macam aku ni jual dadah pulak. yg datang tu perempuan pulak tu. lahabau.

'Encik, kami dari KDN nak periksa Al-qur'an', itu yang dia kata bila masuk dan terus ambik Al-qur'an satu-satu & cek ada cop ke tidak. dulu, pernah dia datang & rampas qur'an yg takde cop kat kedai aku. aku bagitau diorang aku tak tau pasal cop-cop ni, tapi dia tak peduli. abis dia sapu. masa tu aku memang tak tau pasal benda ni. jahanam, qur'an pun dia nak rampas. apsal tak cek kat masjidil haram sana. semua takde cop KDN. rampas la semua kalau berani. bodoh punya manusia. kita bayar tax, pas tu pakai bagi gaji kat org2 bodoh ni.

ini la chop yg aku maksudkan. takde chop kena rampas wooo.

aku follow up gi opis dia kat jalan johor kat jb sana. sampai kat opis, budak2 tadi boleh lepak2 belek2 one drop perfumes lagi (time tu one drop masih baru lg). bangsat. ini yg buat gua jd benci kat pegawai KDN. aku pun cakap nak rayu jgn sampai naik court. ketua dia pun keluar. aku pun cerita la segala-galanya & dia pun faham. aku bagi surat rayuan & setel!!! tapi dia kata barang dah seize tak leh pulang balik. itu gua tak kisah asalkan jgn babitkan gua dengan urusan court lg. buang masa, sial. kalau court badminton takpe la.

kedai adik aku pun dia dtg jugak rampas. adik aku marah2 tapi dia buat dono je. kepala jenis apa diorang ni tak tau la. adik aku mmg panas baran, tapi tak dapat kalahkan diorang masa tu. rugi lagi.

sebulan pas tu, dia datang lagi kat kedai adik aku. adik aku apa lagi, dia jerit kat pegawai KDN tu jgn kacau dia berniaga. terperanjat diorang. dia cek sikit2 pas tu mintak maaf & blah dari situ. esoknya datang pulak tempat aku. kali ni sopan santun skit. dia tanya, kedai kat Today's tu adik aku ke. aku kata ye. dia pun angguk2. takut kena jerit dengan aku plak agaknya. atau malu kat aku pasal kena jerit dengan adik aku. Wallahualam. dia cek pas tu blah.

minggu lepas, hari Sabtu, aku ngan mak & adik aku gi angsana beli rojak sambil survey2 peluang bisnes. kitorang pun tinjau2 la kedai buku badan cemerlang. ada pulak bertimbun tafsir Al-Qur'an mcm yg diorang rampas kat kedai aku. persepsi aku takde lain la. ini KDN sudah kena suap!!!! (walaupun xde bukti hehe)

hari isninnya pas tu, diorang datang lagi!!!! mcm biasa dia cek & blah. mak aku kata, gi la tanya pasal tafsir kat badan cemerlang tu. aku pun kejar diorang & tanya. budak2 tu kata hari jumaat diorang baru cek. kepala otak kau, aku kata dalam hati. takkan badan cemerlang, kompeni besar, orang sentiasa ramai dalam kedai, boleh main sorok2 plak???? takkan jual qur'an pun pakai tonto? kenapa la aku berurusan dgn org2 bangang macam ni???

kalau ada double standard dalam keje diorang, mmg aku tak maafkan, tak halalkan tindakan diorang rampas barang2 aku dulu. aku punya supplier penah citer, ini KDN bukan apa, dia nak duit sbnrnya. bila nak jual qur'an, kena dapatkan cop. nak dapat cop, kena bayar KDN. itu la pasalnya rupanya. semua pasal duit je. dasar barua.

kalau betul2 nak cek, patutnya cek la setiap pages sbb byk kali dah cutomer aku dtg tukar sbb terbalik la, kurang page la, & mcm2 lg sbb. itu yg ada cop tu. yg takde cop ok je.......

Saturday, November 21, 2009

PEMBANTU KEDAI

Sekarang ni susah betul nak dapat pembantu kedai. bukan susah apa, nak dapatkan yang betul2 berminat dan betul2 nak keje tu yang susah.dulu aku ada post pasal budak sekolah mintak keje. sampai skarang asyik budak sekolah je yg mintak keje. bila org datang mintak keje, soalan pertama yg aku tanya mesti 'sekolah ke tak?'. pas tu baru aku tanya soalan lain.

kompeni family aku mmg dah lama bercita-cita nak bukak cawangan di serata malaysia. tapi masalahnya ini lah- susah nak dapat pekerja. ini macam dah jadi halangan / tembok besar untuk mencapai kejayaan lebih besar. mungkin jugak aku kurang ilmu pasal human resource management. ye lah dulu aku budak sains. belajar pun pasal sains & tech je. mak aku pun dah banyak kali cakap, pegilah amik MBA. part time pun ok apa. aku pun dah lama pikir pasal tu. tapi masa aku ni tak cukup. tambahan lak - PEKERJA TAKDE!!!!! balik2 itu masalah yg timbul.

tiba2 aku terfikir, mungkin masalah tu bukan pasal susah cari pekerja, tapi pasal kaedah inventory aku tak cekap. manakan tak cekap, orang dah pakai fully computerized, aku masih pakai tulis tangan. dulu aku ada post pasal teknologi. sampai skarang tak siap2 lagi aku key in data. ngantuk beb kalau asyik key in data je hari2.

dulu aku ada tanya kat imigresen, macam mana nak bawak pekerja dari indonesia. jawapan aku dapat macam sial. dia kata untuk restoran je boleh. tapi mydin boleh plak bawak pekerja india punya ramai. bangsat punya imigresen. dah la opis bau rokok, main psp plak dia bila aku datang. keje rilek2 je. dia tak tau aku punya susah nak dapatkan pembantu. bagi jawapan gaya macam imigresen tu bapak dia punya. menyirap betul darah aku. dia ingat aku tak bleh bayar levy ke apa ke. aku ada duit la. lu je yg banyak cengkadak!!! dasar barua. emosi plak gua kali ni.

pekerja tempatan lak, banyak pulak perangai. ada yang baru keje tetiba nenek sakit, blah gitu aje, ada yang baru keje satu hari esok dah tak datang, ada yang keje duduk je, malam kena sack, ada yang datang lambat memanjang, kena sack jugak. nasib baik aku cakap melayu, kalau orang putih, selalu la aku kluar phrase 'YOU'RE FIRED!!!'

MUSIM HUJAN

Musim hujan datang lagi. hari2 hujan. bila dah hujan orang pun malas nak kuar rumah. yang kat luar rumah cepat2 nak balik. bisnes pun slow. huhh....

kekadang teringat masa aku duduk kat masai. bila hujan je mulalah rasa bimbang. gundah gulana pun melanda jiwa. apakan tidak, banjir bakal melanda. masa aku kecik2 dulu, air banjir boleh dikatakan bersih sbb punca dtg dari hutan, bukit. tapi semenjak bandar seri alam menarah bukit, mengapak pokok2, air banjir pun bertukar menjadi coklat. keruh nak mampos. dah tak leh nak mandi banjir. tapi jiran2 aku dia bantai jugak mandi. ye la, org miskin, bukan selalu leh gi laut ke, air terjun ke. tapi aku ngan adik2 aku geli nak mandi air mcm tu. lepak je la atas rumah tengok budak2 tu mandi.

kalau air asyik naik je, aku sekeluarga mula la standby kasi naik semua barang. pasal apa, kekadang bila banjir datang time air pasang, tinggi gila dia punya paras. kalau masuk dalam rumah aku, sampai buku lali beb. rumah aku dah 4 kaki dia punya tinggi dari bumi, pun masuk air. binawe punya kerajaan masa tu. bertahun2 dia buat dono je. patutnya gali la sungai kat rumah aku tu kasi dalam lagi. ini tidak, dia buat jambatan batu je (pasal jambatan kayu dah hanyut). dia punya panjang pun macam melepas batuk di tangga. bila panjang dia sama mcm jambatan lama, mcm mana lebar sungai nak ditambah. walaupun masa tu aku sekolah rendah, aku dah terfikir pasal benda ni. engineer yg design tu bodoh agaknya, atau nak untung lebih je. bangsat betul siapa yang terlibat.

walaupun aku dah lama tinggalkan rumah tu, aku selalu jugak datang pasal nak mintak sewa rumah. dulu banyak rumah kat situ, skang tinggal 4 biji je. lain semua dah hanyut. ini semua pasal banjir tahun 90-an dulu. rumah separuh batu pun boleh hanyut!! bayangkan la dia punya kuat air banjir tu. harta benda mak bapak aku banyak yang rosak. tv 29 inci samsung yang baru berapa tahun pakai, masuk dalam air. aku berhempas pulas keringkan bawah matahari, boleh pakai berapa bulan lepas tu. tapi rosak jugak akhirnya pasal I.C. board dah bengkok.

rumah yang aku tinggalkan masih macam tu. tak berubah apa-apa pun. penyewa pun itu jugak dari dulu sampai skarang.

Corporate social responsibility (CSR)

aku selalu dengar pasal corporate social responsibility (CSR) yang diwar-warkan ahli-ahli korporat. macam2 charity yg diorang buat. bagi bantuan itu lah, ini lah. semua bantuan kena ada label company. ini bantuan ikhlas ke, nak menunjuk2? atau nak tunjuk yang company ni baik supaya pelanggan suka dan akhirnya membeli produk dari company tu? dasar CSR ni baik tapi niat sebenar dah menyimpang dari nilai murni sesama manusia. mana pergi nilai keikhlasan? membantu sebab ada udang sebalik batu je.

aku sebagai pemilik perniagaan pun ada jugak buat benda2 CSR ni, tapi takyah cerita la pasal nnt timbul perasaan riak lak kan. tapi takde lak aku taruk nama company. bagi je mcm tu, pas tu dah, balik. baru betul, kan.

bila tgk iklan/ berita pasal syarikat ni bantu itu, bantu ini, perasaan meluat pun datang. ini bantu pasal nak tunjuk baik la kononnya, prihatin. sebenarnya niat biar barang laku atau senang dapat kontrak kerajaan. barua betul. dari syarikat besar sampai kecik, yahudi ke islam ke, sama je.

tapi kepada syarikat yang betul2 ikhlas dalam CSR ni, aku ucapkan tahniah. sbb kita sama.

Friday, November 20, 2009

kenapa manusia tak reti bahasa

aku cukup heran apsal manusia ramai yang reti bahasa. contohnya, ada staff aku ni masih baru tapi berlagak bagus. aku yang jadi boss pun takde lebih2. semua orang pakai handphone, tapi dia ni tak reti nak lepas genggaman tangan dari hp dia tuh. aku dah sound tp dia buat bodo jugak. nasib baik keje ok, kalau tidak dah lama aku tendang biar tertonggeng. ada je benda dia nak picit kat hp tu. kedai aku ni fully covered by cctv. so, budak2 aku xleh nak excuse apa2. kalau aku kuar, bila balik aku tgk balik recording. pakai harddisk senang je urusan. macam2 dugaan buat bisnes ni. kerenah customer satu hal, budak2 sendiri pun buat hal. huhhh....apa bleh buat, janji masyuk sudah la kan hahhahuahuahuahhauahuahuahahhauhauhauha....

MINTAK KURANG

Aku sebagai org berniaga dah lali dgn kerenah pelanggan. salah satu yang paling koman (common) adalah mintak kurang harga. kalau harga barang tu berpuluh-puluh ke beratus-ratus ke boleh la aku kurangkan. kalau harga RM 2.50, RM 1.50 pun mintak kurang, kan macam sial. aku tak suka mencarut2 ni tapi bila dah selalu sgt berlaku, terkeluar jugak perkataan buruk2 ni. apa la nak jadi dengan manusia2 ni. bengang2.....

apsal blog aku macam haram?

bila aku view blog aku, aru rasa mcm ada yang tak kena. dull semacam. patutla, gambar takde!!! pas ni aku nak up la gambar2 yg berkaitan. bukan apa, kekadang malas nak bukak SD CARD/MEMORY STICK. apa lagi nak sambung wayar USB. malas btul. tapi pas ni akan aku gagahkan diri mengupload gambar2 yg menarik untuk aku tgk sendiri di kemudian hari. haha

FACEBOOK

apa sudah jadi dengan dunia skarang ni? semua sibuk berfacebook je!!! aku yang tak berkenaan pun dah terbabit sama. tah mcm mana jampi mukabuku ni terpalit kat otak aku. mula2 best la. tapi bagi aku, ini semua byk membuang masa je. paling teruk, produktiviti boleh menurun beb.

kepada bos2, perhatikanlah anak2 buah anda. mungkin muka nampak serius bekerja, tapi yang ditaip adalah mesej2 dan perbualan bersama rakan2 di tempat lain. mcm2 yang nak terjadi. tujuan baik tapi disalahguna. atau mungkin tujuan asal facebook adalah untuk menjadikan org2 islam hanya sibuk bersosial? bertaubatlah kepada yang gila facebook.....

PLUS = speed test track

aku dah naik bosan tgk kete singapore buat highway PLUS macam bapak diorang punya track. tak penah aku tgk kete plet singapore bwk slow. mesti atas 110 punya. diorang ni ada keistimewaan ke kat highway PLUS. bila org kita, ada saman skit, dah blacklist. diorang selamba je. kat negara dia, pandai lak bwk slow. babi btul.

left-handside driver

apa nak jadi ngan driver kat malaysia ni. banyak betul yang dah jadi biol. entah ada lesen ke tidak, bawak kete slow kat lane kanan. hangin betul aku. asyik kena bagi high beam baru la terhegeh-hegeh nak tepi. aku tau la jalan tu bukan bapak aku punya, tapi bukan pulak bapak dia yang punya. sama2 bayar road tax pandai2 la ikut peraturan. max speed 90, yg ko gi bawak 60 apahal? kalau dah bangang tak yah bawak kete. naik bas ke apa ke.

takkan pasal org2 bangan ni gomen nak tukar semua jadi left-handside driver?

Ini gambar aku amik masa tengok accident 2 kereta masuk longkang kat PLUS area bangi. jalan 3 lane pun jem. bangang. pasal tengok accident je sebenarnya.

NASI

Makin lama makin susah plak nak makan nasi. Pasal apa, aku ngan bini aku hari2 balik kul 10 mlm. bila nak balik, mulalah hati ni gundah gulana. NAK MAKAN APA NI? itu lah soalan yang menghantui aku setiap hari. walaupun aku tak kisah pasal duit makan, masalah yang timbul adalah takde makanan yang sedap untuk dibeli. MCD= bosan, kfc=bosan, pizza=bosan, restoran=nasi sejuk&bosan, masak=takde masa.

bukan aku mengada-ngada, tapi inilah realiti yang terpaksa aku hadapi setiap hari. harga makanan dahla mahal, tak setimpal plak dengan rasa yang dihidangkan. restoran makanan segera mmg la membosankan kalau makan setiap hari. sekali sebulan ok la

restoran melayu plak, masalahnya menu semua sama. pegilah mana pun satu malaysia ni, itulah menu yang ada. nasi daging merah, daging kunyit, ikan masin, dll. sampai menu pun aku dah hafal. rasa kalau sedap takpe, ini nasi pun selalu sejuk. sial betul.

kalau dah bosan sgt aku suruh bini aku masak megi. walaupun tak bagus untuk kesihatan, aku bantai je utk tukar selera. nak makanan yang tak memudaratkan, kena la balik kat kampung aku kat bukittinggi. semua bahan2 fresh & xde rempah yang ada kandungan kimia.

bila duit tak susah, nak makan plak susah. heiiiiiiii.......

Monday, November 16, 2009

MUSIM HAJI

'Panggilan haji telah tiba lagi' itulah sepotong lirik lagu yang tah sapa nama penyanyi aku pun tak ingat. Ya, masa aku post ni, orang dah ramai yang sampai kat mekah. flight last 21.11.09. ramai customer aku yang dah berangkat dan sampai pun. diharap semua dapat buat haji dengan lancar menggunakan peralatan/kelengkapan yang dibeli di kedai aku. Aku doakan semua mendapat haji yang mabrur. Dengan semakin berkurangnya orang beli kelengkapan haji, tibalah masa untuk standby untuk musim lain pula. Ya, musim persekolahan. walaupun sekolah baru nak cuti, persiapan untuk keperluan sekolah sebenarnya dah lama distandbykan. skarang kena ingat balik apa yang masih belum lengkap. tambahan pula, orang nak pegi umrah lama lagi.

Sunday, November 15, 2009

TEKNOLOGI

Dah banyak teknologi yang orang pakai dalam menjalankan perniagaan. semua info up to date setiap masa. walaupun bisnes family aku dah lama, kami masih pakai teknologi lama. pakai cash register biasa je. aku sebagai seorang berkelulusan tinggi sebenarnya dah lama nampak kekurangan ni. tetapi apa kan daya, nak implement teknologi baru memerlukan komitmen yang sangat tinggi. kurang2 2 bulan baru boleh selesai integrasi. itu paling kurang. kalau tak, mau makan berbulan2. susah beb. tambahan pulak, data integration aku kena buat sendiri sebab hampir semua rahsia. nak upah orang, habis la business aku. nak tak nak pakai la cash register tu walaupun ada 4 outlet.

satu lagi, software untuk point of sales sangatlah mahal. belum lagi hardwarenya. aku dah mintak quotation dari mcm2 company rata2 harga dengan hardware adalah 30K. aku ok je pasal harga, tapi bila dah harga mahal, menyusahkan aku lak, apa hal kan?

ada satu software free, dhpos nama dia. aku dload & try. ok jugak. simple, free lagi. skarang aku tgh key in data pelan2. nnt aku beli hardware satu2, try implement kat branch aku. kalau successful, boleh la key in data kedai yg lagi 3 tu.

Kalau mcm ni, 2011 nnt senang la skit nak monitor brg2. senang jugak nak bukak branch baru. boleh la aku bukak cawangan satu malaysia ni........

ini la rupa program yg aku pakai

SURAT CUTI

Hari ni first time staff aku bagi surat cuti. dah 4 hari dia tak datang pasal eksiden. teruk jugak. kereta la. orang yang kat dalam nasib baik tak jadi mcm kete tu.

dia datang bagi mc dari 6 hari dari stat cuti. takut kena buang keje la tu. aku biasa kalau tak datang dua hari tak bagitau aku tendang je.

mcm kelakar pulak staff bg surat cuti sbb selama ni aku dgn staff taklah terlalu formal. tapi kalau nak cuti kena bagitau dulu. pasal kedai aku hari2 bukak kecuali raya. kalau raya pun cakap nak cuti ada aku hentak kang. haha

KAPAL TERBANG

tahun depan 2010 adalah tahun paling sibuk mak aku naik flight. hampir setiap bulan mak aku akan ke oversea. anak aku juga akan sambut birth day ke 3 tahun dengan naik flight. maklumlah selalu kena tinggal pasal aku selalu naik flight pegi indonesia. aku jugak selalu cakap 'nnt Arill dah besar, baru boleh ikut daddy naik kapatebang'. skang dia dah nak 3 tahun, boleh la bwk jln2. bila dia tak nak makan, aku cakap nnt kena tinggal, terus dia makan. kalau tak, susah betul nak makan, nak main je atau tgk katun.

wajah aril bila tau akan naik kapal terbang

BUSY BODY

Kedai pejabat family aku yg masih belum buka. Sementara jadi stor & terima barang je. nama bapak aku sikit punya besar kat atas tu. hahaha

ramai betul org yg mcm busy body. ada yang tanya rumah kedai tu sewa ke beli, tak rugi ke bayar bulan2, berapa sewa. bila aku kata kedai tu beli, ramai pulak terpinga-pinga mcm tak percaya. iyelah, mak aku duduk rumah teres biasa je. low profile. family aku biasa je serba-serbi. tiba2 beli kedai harga dekat 400k, ramai yang tak menyangka. aku benci betul kalau orang underestimate capability aku dan family aku.

mungkin pasal rumah kedai tu ada nama bapak aku kat depan & org selalu lalu kat jln tu, maka ramailah yang tertanya-tanya dan ingin tahu hingga ke akar umbi perihal keluarga aku dan bisnes yang kami jalankan. mana boleh cerita semua. rahsia beb. rahsia!!!

aku pun suka baca cerita kejayaan bisnes orang lain. tapi tak la sampai nak tahu sampai terperinci segala harta benda yang dia ada. kalau mmg disiarkan, lainlah. aku suka cerita orang berjaya sebab ia boleh jadi perangsang untuk aku jadi lebih berjaya. tapi majoriti orang melayu kita, tau-tau je la. hasad dengki nombor 1. kenapa la org melayu sibuk ambil tahu hal org lain dan berfikir benda2 tak perlu. akibatnya, org lain dah jauh ke depan.

BUDAK SEKOLAH

Musim cuti datang lagi. itu lah yang terlintas di fikiran aku bila ramai budak yang datang kedai aku cari kerja. padahal aku tak letak pun iklan vacancy. sengaja aku tak letak supaya yang datang mintak keje tu betul2 nak keje. tapi tak seperti yang dirancang, balik2 budak sekolah yang carik keje. bosan betul. aku nak cari staff baru sbb kedai baru aku dah nak bukak disember ni. dah setahun signboard naik, tapi kedai tutup je. customer pulak asyik tanya bila nak bukak. bila aku citer takde staff, diorang pun faham dan datang ke kompleks mcm biasa.

SELEPAS SETAHUN

Dah dekat setahun aku tak update blog ni. Ini sebab takde line tenet. Kesalahan patut diletakkan di bahu streamyx hotspot. aku dah bayar prepaid tapi line takde. nasib baik sebulan2 je & cuma rm 28. tapi skarang streamyx bekerjasama dgn pizza hut utk provide free tenet utk customers. walaupun aku customer sekali-sekala je (sbb makan pizza tak kenyang), aku adalah satu-satunya customer yg pakai line streamyx secara percuma setiap hari. syabas pizza-hut!!! walaupun tak laju sgt, tp ok lor sbb aku bukan selalu sgt download. tapi bila download, laju beb. kalah beruk-beruk band yg berkeliaran di luar sana!!