Sunday, April 25, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor P94

Malam tadi Barisan Nasional berjaya merampas semula kerusi P94 dari tangan Parti Keadilan Rakyat. P.Kamalanathan mendapat 24,997 undi manakala Dato' Zaid Ibrahim 23,272 undi. Pada pendapat aku sebagai pemerhati politik biasa, majoriti yang diperolehi BN adalah kecil dan menarik untuk dibincangkan.

Awal-awal lagi BN memberi amaran bahawa pada pilihanraya ini mereka akan menggunakan pendekatan offensive. Aku tertanya-tanya bagaimanakah pendekatan itu akan diambil?

Sebaik sahaja penamaan calon, tiba-tiba keluar berita bahawa Zaid adalah kaki botol. Bagi aku itu tidak memeranjatkan kerana memang ramai pemimpin yang tidak lagi ambil peduli soal halal haram dalam pelbagai perkara. Tapi Hulu Selangor adalah kawasan luar bandar yang mana penduduknya kurang mendapat berita dari pelbagai sumber. Zaid pula bijak menangkis serangan dengan mengakui kesilapannya dan sudah bertaubat. Lalu timbul pula berita bahawa Zaid kaki judi dengan memiliki kuda lumba. Zaid pula hanya mengaku memiliki kuda lumba, tetapi tidak bertaruh.

Pada pandangan aku, serangan berbentuk peribadi ini sangat kebudak-budakkan. Mana tidaknya, semasa Zaid dilantik sebagai menteri dulu, adakah perkara ini diambil kira? Kenapa baru sekarang digembar-gemburkan?

Perdana Menteri pula terus membantu kempen sebaik tiba dari Jepun. Aku nampak BN memberi penekanan lebih untuk memenangi hati orang Melayu, warga Felda dan orang India. Semua orang kuat UMNO datang berkempen sambil BN meletak calon MIC. Ini pasti untuk menangani kemungkinan kekurangan undi orang Cina setelah kemenangan Dato' Seri Chua Soi Lek pada pemilihan MCA yang lepas. Dato' Seri Samy Vellu juga tidak kelihatan mungkin kerana takut mendatangkan kembali kemarahan kaum India.

Tiba-tiba ramai ahli PKR mengumumkan keluar parti dan dijadikan bahan berita. Walaupun agak menghairankan, namun itulah kenyataan. Aku menilai ini sebagai salah satu pendekatan offensive BN. Pelbagai bantuan termasuk wang ringgit dan projek pembangunan diberikan walaupun dinafikan bertujuan untuk meraih undi. Keseluruhannya aku menilai BN berjaya merangka strategi yang baik dan merealisasikannya dalam kempen pilihanraya kali ini.

Komisen kapal selam, pembunuhan Altantuya, kematian Teoh Beng Hock, kontrak APCO, rasuah dan pelbagai isu nasional pula manjadi modal Pakatan Rakyat. Walaupun BN mengumumkan akan menjawab segala tuduhan PR, kesemua isu nasional ini nampaknya masih belum ada jawapan yang tepat dan konkrit dari kerajaan. Ini mendatangkan peluang kepada PR untuk menghentam BN. Namun strategi ini nampaknya kurang berhasil kerana penduduk Hulu Selangor terutamanya orang Melayu dan India seperti tidak begitu mengambil berat tentang isu-isu tersebut kerana lebih mementingkan kehidupan seharian.

Janji pembangunan BN nampaknya mengalahkan janji kabajikan PR walaupun jumlahnya boleh dikatakan sedikit. Namun begitu, PKR nampaknya masih kuat walaupun dilanda pelbagai masalah dalaman. Tambahan pula semua media arus perdana percuma atau berbayar memihak kepada BN. PR cuma bergantung kepada media cetak mereka sendiri dan internet.

Walaupun BN menang namun aku tahu Dato' Seri Najib menyedari PR masih kuat walau diasak bertubi2. Kemenangan dengan majoriti sebegitu, harus diambil sebagai isyarat oleh BN bahawa mereka belum tentu lagi selamat pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

8 comments:

rahman said...

PRU 13 InsyaAllah malaysia akan bertukar pemerintah..dlm PRK bolehlah Bn wat mcm2..hulur2,gula2,pengundi hantu,SPR tak telus..masa PRU 12 baru cadang nk pakai dakwat hitam dh menggelabah puyuh..last2 tak jadi..penakut punye BN..nk lawan tapi padang tak sama rata..dlm TV,radio semua dia punye,kat US pun siap boleh berdebat lg calon2 presiden...

Mohammad Feriasta bin Asral said...

Jangankan di US, di Indonesia pun calon2 presiden berdebat secara terbuka dan langsung di televisyen. Tetapi dengan keputusan Hulu Selangor, BN pasti akan bekerja lebih keras dalam menghentikan kemaraan PR. PR juga sedikit sebanyak harus merasa lega kerana tidak kehilangan terlalu banyak undi dek pelbagai konflik yang melanda. PRU13 pasti menjanjikan sekali lagi persaingan sengit BN dan PR.

rahman said...

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26249:pengundi-hantu-wujud-di-hulu-selangor&catid=1:utama&Itemid=50

ni apa kes??

rahman said...

klu tukar kerajaan agak2 kiamat ke?tu kot dlm otak kebanyakkan org kita..

Mohammad Feriasta bin Asral said...

SPR pula satu lagi hal.Seolah-olah memihak kerajaan walaupun mengaku independent.Seharusnya SPR tidak melakukan kesalahan sebegini.Tetapi saya fikir bilangan undi hantu tidak mungkin jadi penyebab kemenangan BN. Kita harus melihat dari perspektif yang lebih luas mengapa Melayu dan India sokong BN, Cina sokong PR disini.

Mohammad Feriasta bin Asral said...

Corak pemikiran orang kita di kampung mungkin agak berbeza dengan yang di bandar. mungkin kerana capaian media yang agak terbatas.

rizal said...

wah!!! menarik2... da geng dah!... bab media ni, dah pasti info masih tersangat lah berat sebelah dari azali lagi... kalau dah lebih 10 kali pelbagai bahasa berita kata polan jahat.. jahat... jahat... busuk..busuk..busuk... melekat juga akhirnya.... tunggu PRU akan dtg....

Mohammad Feriasta bin Asral said...

Sejak hampir tumbang pada PRU12,BN mula melihat internet sebagai sebuah lagi media utama.Namun saya melihat orang ramai terutamanya di kawasan bandar semakin bijak membuat penilaian.