Kedai aku selalu dikunjungi pegawai penguatkuasa Bahagian Kawalan Al-Qur'an, Kementerian Dalam Negeri. katanya nak periksa Al-qur'an ada cop KDN ke tak. datang kalau sopan-santun takpe, ini dia buat macam aku ni jual dadah pulak. yg datang tu perempuan pulak tu. lahabau.
'Encik, kami dari KDN nak periksa Al-qur'an', itu yang dia kata bila masuk dan terus ambik Al-qur'an satu-satu & cek ada cop ke tidak. dulu, pernah dia datang & rampas qur'an yg takde cop kat kedai aku. aku bagitau diorang aku tak tau pasal cop-cop ni, tapi dia tak peduli. abis dia sapu. masa tu aku memang tak tau pasal benda ni. jahanam, qur'an pun dia nak rampas. apsal tak cek kat masjidil haram sana. semua takde cop KDN. rampas la semua kalau berani. bodoh punya manusia. kita bayar tax, pas tu pakai bagi gaji kat org2 bodoh ni.
ini la chop yg aku maksudkan. takde chop kena rampas wooo.
aku follow up gi opis dia kat jalan johor kat jb sana. sampai kat opis, budak2 tadi boleh lepak2 belek2 one drop perfumes lagi (time tu one drop masih baru lg). bangsat. ini yg buat gua jd benci kat pegawai KDN. aku pun cakap nak rayu jgn sampai naik court. ketua dia pun keluar. aku pun cerita la segala-galanya & dia pun faham. aku bagi surat rayuan & setel!!! tapi dia kata barang dah seize tak leh pulang balik. itu gua tak kisah asalkan jgn babitkan gua dengan urusan court lg. buang masa, sial. kalau court badminton takpe la.
kedai adik aku pun dia dtg jugak rampas. adik aku marah2 tapi dia buat dono je. kepala jenis apa diorang ni tak tau la. adik aku mmg panas baran, tapi tak dapat kalahkan diorang masa tu. rugi lagi.
sebulan pas tu, dia datang lagi kat kedai adik aku. adik aku apa lagi, dia jerit kat pegawai KDN tu jgn kacau dia berniaga. terperanjat diorang. dia cek sikit2 pas tu mintak maaf & blah dari situ. esoknya datang pulak tempat aku. kali ni sopan santun skit. dia tanya, kedai kat Today's tu adik aku ke. aku kata ye. dia pun angguk2. takut kena jerit dengan aku plak agaknya. atau malu kat aku pasal kena jerit dengan adik aku. Wallahualam. dia cek pas tu blah.
minggu lepas, hari Sabtu, aku ngan mak & adik aku gi angsana beli rojak sambil survey2 peluang bisnes. kitorang pun tinjau2 la kedai buku badan cemerlang. ada pulak bertimbun tafsir Al-Qur'an mcm yg diorang rampas kat kedai aku. persepsi aku takde lain la. ini KDN sudah kena suap!!!! (walaupun xde bukti hehe)
hari isninnya pas tu, diorang datang lagi!!!! mcm biasa dia cek & blah. mak aku kata, gi la tanya pasal tafsir kat badan cemerlang tu. aku pun kejar diorang & tanya. budak2 tu kata hari jumaat diorang baru cek. kepala otak kau, aku kata dalam hati. takkan badan cemerlang, kompeni besar, orang sentiasa ramai dalam kedai, boleh main sorok2 plak???? takkan jual qur'an pun pakai tonto? kenapa la aku berurusan dgn org2 bangang macam ni???
kalau ada double standard dalam keje diorang, mmg aku tak maafkan, tak halalkan tindakan diorang rampas barang2 aku dulu. aku punya supplier penah citer, ini KDN bukan apa, dia nak duit sbnrnya. bila nak jual qur'an, kena dapatkan cop. nak dapat cop, kena bayar KDN. itu la pasalnya rupanya. semua pasal duit je. dasar barua.
kalau betul2 nak cek, patutnya cek la setiap pages sbb byk kali dah cutomer aku dtg tukar sbb terbalik la, kurang page la, & mcm2 lg sbb. itu yg ada cop tu. yg takde cop ok je.......
1 comment:
Nak mintak KDN approve, xde masyuk xleh bro. Quran yg sama, ada syrikat approved, ada syarikat turned down...entah apa2 aje KDN ni. Quran pun nak dipolitikkan...
Post a Comment