Saturday, November 21, 2009

Corporate social responsibility (CSR)

aku selalu dengar pasal corporate social responsibility (CSR) yang diwar-warkan ahli-ahli korporat. macam2 charity yg diorang buat. bagi bantuan itu lah, ini lah. semua bantuan kena ada label company. ini bantuan ikhlas ke, nak menunjuk2? atau nak tunjuk yang company ni baik supaya pelanggan suka dan akhirnya membeli produk dari company tu? dasar CSR ni baik tapi niat sebenar dah menyimpang dari nilai murni sesama manusia. mana pergi nilai keikhlasan? membantu sebab ada udang sebalik batu je.

aku sebagai pemilik perniagaan pun ada jugak buat benda2 CSR ni, tapi takyah cerita la pasal nnt timbul perasaan riak lak kan. tapi takde lak aku taruk nama company. bagi je mcm tu, pas tu dah, balik. baru betul, kan.

bila tgk iklan/ berita pasal syarikat ni bantu itu, bantu ini, perasaan meluat pun datang. ini bantu pasal nak tunjuk baik la kononnya, prihatin. sebenarnya niat biar barang laku atau senang dapat kontrak kerajaan. barua betul. dari syarikat besar sampai kecik, yahudi ke islam ke, sama je.

tapi kepada syarikat yang betul2 ikhlas dalam CSR ni, aku ucapkan tahniah. sbb kita sama.

No comments: