Friday, November 27, 2009

Pam minyak dan t.o.n.t.o. (tonto)



Ini bukan cerita pasal pam minyak pakai tonto, tapi pasal orang tolong orang nak tipu orang pasal nak bukak pam minyak. cerita ni dah lama tapi aku baru teringat bila tgk gambar2 lama.

Nak bukak pam minyak bukannya senang. modal kena 5ook. itu kalau ada tanah sendiri. kalau tak, mahu sampai berjuta2 kalau masuk harga tanah. dulu aku try approach petronas, dia kata kena ikut queue, pas tu kena lulus interview. ini pasal kita akan bawa imej korporat diorang, so dia kena tapis betul2. WTH.... terus lemah semangat aku. dah lah kita nak keluar modal punyalah banyak, banyak pulak cengkadak dia. terus tak jadi aku nak bukak.

lepas tu ada pulak budak bank kawan adik aku offer satu tanah kat Nusa Indah dekat Nusajaya. mmg dalam geran tanah ada tulis lot ni utk pam minyak. dia kata kawan dia kat bank yang sama boleh tlg dapatkan tender shell utk aku. ini takde lain la, masing2 nak harap komisyen. tak kisah la janji aku boleh dapat pam tu


ini lah tanah yg aku maksudkan. sebelah keta aku tu banker yg tgh ckp2 ngan mak aku dlm
keta.

aku pun pegi la tgk tanah tu ngan kawan kepada kawan adik aku tuh. macam2 dia cerita. "nak bukak pam minyak ni kena ada kaki kat dalam baru boleh dapat", dia kata. baru aku tau ramai keparat dalam dunia korporat nih. takkan kerja ngan oil company gaji kecik sampai orang nak bukak pam minyak pun nak mintak duit itu dan ini? jahanam. hoi! orang jantan nak dapat duit kena kerja lah. jangan amik duit orang je. bangsat.

dia kata dia kenal officer shell bahagian selatan yang luluskan hal2 pam baru ni. cantek ahh. shell boleh beli tanah ni harga 3.5 juta, pas tu aku kuar modal 500k untuk build pam shell. ok la kan. tak yah interview & tunggu queue. terus je gi kursus. dia pun prepare paperwork untuk aku.

bila paperwork dah siap, dia pun jumpa aku. skarang dah lain pulak cerita dia. dia kata kalau aku beli sendiri tanah tu lagi untung pasal margin lagi besar shell bagi. JAHANAM!!!! dia nak tipu aku sebenarnya. rupanya dia tak kenal sangat pun dgn pegawai shell tu. sbb dia kata kalau shell yang beli tanah, kena ikut queue mcm biasa. ini shell pun bukan nak beli sangat tanah tu!!!!

rupanya dia nak perangkap aku biar aku buat loan sampai 4 juta. gila betul. bangsat punya manusia. terus aku kata aku tak sanggup. buat apa aku amik loan sampai 4 juta kalau kawasan tu pun belum developed sgt. keta lalu pun takde sgt. entah bila nak ramai aku pun tak tahu. nasib baik tak kena kelentong dengan si keparat dari dunia korporat. hahaha

jalan 6 lane tapi takde kereta. sini aku nak melabur 4 juta? bingai betul kalau aku taruk duit kat sini....

No comments: