Thursday, December 4, 2008

KUALITI JALAN RAYA DI PASIR GUDANG

Aku kekadang bosan dengan masalah permukaan jalan raya kat Pasir Gudang ni. Banyak sangat yang tak rata lebih-lebih lagi Jalan masjid yang aku lalu tiap-tiap hari. Aku dah buat report kat MPPG, online lagi. Aku akui ada kerja pembaikan, tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga!! setakat tampal je baik tak payah. Jalan tu sepatutnya dikorek dan ditar semula supaya rata. Ini penting sebab jalan tujalan susur dekat simpang. Sangat bahaya bila ada motor mengelak lubang. Dah naik taraf MPPG tapi kualiti masih sama.

1 comment:

Anonymous said...

Cara nak buat komen yang lebih tepat & ada back-up dihari kemudian ialah dengan cara tulis surat complaint secara manual, buat fotocopy surat tu. Bila serah complaint tu pada pihak berwajib, suruh mereka (kaunter/orang yang terima surat ) tu, cop & tandatangan terima. Lepas tu kalau nak follow-up, just refer surat yang telah diserahkan. Kalau dia org kata tak terima apa2 compalint, just tunjukkan surat yang telah mereka terima sebelum ni. So, siapa yg sign terima tu, kena teruk la nanti.